Telah Berlangsung! ![]()
Program Taklimat Bantuan Geran Usahawan Perak Daerah Muallim telah berjaya dianjurkan pada:
Tarikh: 21 Mei 2025
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Wisma Peneroka & NADI Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak
Program ini dianjurkan oleh YB ADUN Behrang bersama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) dengan matlamat memberikan pendedahan kepada usahawan tempatan mengenai pelbagai bentuk bantuan dan geran yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.
Turut mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat dan komuniti usahawan muda yang hadir untuk mendapatkan maklumat serta peluang pembangunan perniagaan.
Tahniah & terima kasih kepada semua yang terlibat!





