mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Ekonomi Digital Felda Besout 3

 

Selamat datang ke Pusat Ekonomi Digital Felda Gunung Besout 3

PUSAT EKONOMI DIGITAL / PEDi merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Objektif Penubuhan:

– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

– Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.

– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

Perkhidmatan yang disediakan:
Pusat Ekonomi Digital Felda Besout 3 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
• Pengenalan asas komputer
• Asas internet
• Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
• Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
Pusat Ekonomi Digital juga menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, fotostat, laminate, binding, dan menyediakan zon internet tanpa wayar (wifi zon). Selain itu, Pusat Internet juga menawarkan program ICT bersama komuniti untuk pelbagai lapisan masyarakat.
 
 

KENALI PETUGAS PEDI FELDA GUNUNG BESOUT 3:

Untuk menjadi petugas PEDI BESOUT 3, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDI BESOUT 3 . Tangungjawab dan amanah yang telah diberikan . Kenali kami

:

PENGURUS

Nama: NOR FAIZAH BINTI AHMAD SHIMI

Mula berkhidmat: 22 APRIL 2016

 

PENOLONG PENGURUS

 

Nama: MOHAMMAD MUHAIMIN BIN HUSSAIN

Mula berkhidmat: 18 APRIL 2016